Thursday 14 November 2013

lama ya tak update blog...

Hello..assalamualaikum...dah berbulan-bulan yana tak update blog rindu sangat-sangat..
yelah mau tak.ye dari yana habis pratikal sampai la dah the end pratikal , masuk sem 5 pon juga dah habeh sem dah..tengah tunggu result ja...
tak pa la mudah-mudahan allah permudahkan urusan yana...AMIN....
oke cakap pasal cuti yana just cuti 3minggu ja kot..selama 3 minggu neh memang tak la un nak jaga badan..
apa taknya wat kek itu la ini la..senang cita yana memang suka nak buat kerja yang boleh mengeyangkan perut yana hohoho..patut la ber...! hahaha
Salah satu kek yang yana hasilkan chewahhh
'KEK MASAM MANIS' ala kek yang berlapis warna warni tu,ala-ala kek serawak juga la..sesiapa nak order kat yana boleh buat tempahan kat sineh chewaahhh ahahah....
seyes buat kek neh boleh tahan juga la yana mengeluh.yelah setiap lapisan kek masam manis kena kukus step by step..haii...so padan muka la un dah nak rajin sangat, rajinla wat kek tu...apa pun selamat mencuba...


RESEPI KEK MASAM MANIS 

5 biji telur
250 g mentega
1 3/4 cwn biskut Cream Creakers (yang telah dikisar halus)
1/2 cwn gula halus
1/2 tin kecil susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
Haw flakes secukupnya (ala yang coklat tu la)
pewarna biru,oren,pink atau lain-lain.

CARA MEMBUATNYA

  1. Masukkan mentega dan gula diputar sekali sehingga kembang.
  2. masukkan telur dan putar sehingga sebati
  3. tambahkan baking powder , putar
  4. masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati.
  5. masukkan cream creaker yang telah dikisar halus dan esen vanilla .(Putar adunan sehingga sebati)
  6. setelah siap adunan, asingkan adunan yang telah dibuat itu kepada tiga (atau seberapa yang anda ingin lakukan supaya lapisan lagi cantik).
  7. warnakan adunan yang dibahagikan tadi pastikan setiap warna adunan berbeza.
  8. ratakan(lumur) sedikit mentega tersebut  diatas loyang, supaya apabila sudah kukus ,kelihatan cantik..
  9. Didihkan air kukusan sebelum mengukus.
  10. apabila air sudah mendidih letakkan lapisan pertama adunan contoh warna biru ,kemudian letakkan haw flakes mengikut susunan yang anda inginkan, mengukus.
  11. setelah beberapa minit berlalu oke dpt tawu kek bg adunan yang pertama dah kembang, keluarkan dari tempat kukusan dan lakukan semula seperti lapisan pertama
  12. apabila kesemua lapisan sudah dibuat pastikan kek tersebut kembang dengan baik...well done..selamat mencuba...


tara neh first step oke...






Tuesday 9 April 2013

Cuti-cuti di Medan Indonesia

Hi,assalamualaikum...
lama juga la yana tak update yana punya blog..hehe..mmm btw, yana nak kongsi sikit cerita yana semasa berada di Medan Indonesia, keadaan tempat di sana sama seperti di Malaysia.Cuma perbezaannya keadaan di jalan raya. Mungkin bagi kita pemandu yang mengeluarkan hon adalah pemandu yang ingin menegur kita supaya kita berhati-hati di jalan raya dan janganlah terlalu cuai ketika memandu tetapi di Medan lain pulak caranya...Bagi diorang mengeluarkan bunyi hon adalah satu pemberitahuan yang diorang mahu memotong ketika memandu.....apa pon percutian Di Medan memang terbaik dan dapat hilangkan stress almaklumlah dapat tawu berapa hari lagi result exam nak keluar ,dah comfirm yana stress bhahaahha XD...jeng-jeng *** berrtolak dari airport Pulau Pinang awal pagi pukul berapa ntah le dah tak bopa ingatlah dah lama sangat...heeee :))
Serius yana neh jenis 'minah poyo' yang suka sangat think negative bila dok atas kapal terbang hahaha...yana bukannya gayat tapi fikir mana nak tawu apa-apa jadi bila kapal terbang mendarat ka...kihkih mujurlah ada Airasia yang terbaik dan dijamin insha Allah selamat...segala kemudahan memang COMFORTABLE.. blink*

waaa daaa sampai pon :))


chak!!!ahaksss :))
 jom makan dulu...tengok banyakkan?tapi sebenanrnya kita kena pilih makanan yang nak makan saja(paham ke edak)hahaha


 singgah di masjid kebetulan ada orang nak angkat nikah plak so lintas langsung la kami tengok

 bergaya sakan tante-tante(mak cik)sume neh hahaha

singgah istana jap 

hari ketiga bermalam di lake toba cantikkan??

my little brother yang berposing maut hahaha

selamat pagiiiiiii

singgah makan bakso..nyumm..nyummmiiii

waaa...Pak Rahman hahaha selaku driver agency kiteorng

air terjun aumm...
 

 moh beli belah dulu..perabeh duit apa yang patot hahaha


at Sogo Indonesia


kolam air panas di Nata Dtoba yang boleh menyembuhkan segala penyakit..kolam neh memang berdekatan dengan Gunung berapi.

aip...aipp... adik takmo-takmo lari 

 pic gedik dengan adik 


 pekena bakso dulu sebelum balik ke tanah air



Indonesia Airport 


huuuwaaaaa hujann...Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami ke Malaysia dengan selamat aminnnn


kepada penumpang yang berada dipesawat sila matikan telefon bimbit anda kihkih...

haaa..Pada hari ke-3 di Indonesia opppsss my result dah keluarrr huwaaa so terpaksa minta tolong my best friend #azreena dan #atul tolong chek kan my result kua..kua..apa apa pon thank for my best friends sanggup habiskan topap reply mesej yana heee:))..malam sebelum result kluar mati-mati yana ingat result yana teruk...tapi alhamdulillah apa yang difikirkan tu salah..result yana memuaskan syukur..syukurrr sangat...(p/s: kepada junior2 jangan tiru macam akak yana taw last2 minute baru nak study bila result nak kluar hura-hara jadinya) 






Thursday 13 December 2012

4 hari jaga tok di hospital

4 Disember yg lps tok yana dimasukkan dalam wad kerana kaki sebelah dye menanah akibat kencing manis /diabetes so 2 jari kaki tok terpaksa dipotong.
sepanjang tok dihospital kami bergilir-gilir menjaga tok. Shift yana selalunya waktu malam so selalu berjaga malam la...seyes bila yana ada kat hospital bukan perasaan takot yana dpt tapi perasaan kesian adalah.. yela firstnya tengok pesakit kat sana kena suntik berkali-kali auwwwcchhh..sakit kot!tapi tak palah suntik tersebut untuk bagi sihat juga
secondnya yana tengok betapa penatnya menjadi nurse sana sini menjaga pesakit..penat kot tengok depa siang malam layan karenah pesakit..
third yana kesian tengok keadaan tok dan sekarang barulah yana sedar bahawa bahayanya diabetes so kurangkan makan makanan yang manis oke :))



kesian tok terlantar dihospital :((


 my mak jang jaga tok malam neh


10 kaedah rawatan dan penjagaan yang membolehkan penghidap menikmati hari mendatang dengan lebih baik:

1. Komitmen untuk menangani diabetes

Pasukan perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet boleh membantu anda dalam memahami dan menyokong rutin penjagaan diabetes. Pokok pangkalnya, diri anda perlu berjanji untuk berubah dan melaksanakan penjagaan itu demi masa depan sendiri.
Antara aspek gaya hidup yang perlu diberi tumpuan adalah soal pemakanan sihat, senaman dan berat badan. 
Pada masa yang sama, pastikan paras gula dalam darah selalu diperiksa supaya paras sasaran seperti yang dinasihatkan doktor dapat dicapai. 
Jangan berlengah jika memerlukan perhatian dan rawatan diabetes dari pihak klinik atau hospital.
2. Hentikan tabiat merokok
Jika anda menghisap rokok atau apa juga jenis tembakau lain, dapatkan panduan doktor untuk menghentikan tabiat tersebut.
Merokok akan meningkatkan risiko terhadap pelbagai komplikasi diabetes seperti serangan jantung, strok, kerosakan saraf dan penyakit buah pinggang. 
Perokok yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berhadapan dengan maut akibat penyakit kardiovaskular berbanding penghidap diabetes yang tidak merokok. 
3. Kawal tekanan darah dan paras kolesterol
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah. 
Paras kolesterol yang tinggi juga perlu diberi tumpuan memandangkan kemungkinan kerosakan saluran darah itu lebih berganda bagi penghidap diabetes.
Apabila kedua-dua masalah ini bergabung, seseorang penghidap boleh diancam masalah kesihatan yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan strok. 
Semua itu boleh dicapai dengan mengambil pemakanan sihat dan sering bersenam.

RUJUK kepada pakar diet untuk memahami konsep pemakanan ideal.


4. Ikuti pemeriksaan tahunan untuk mata dan fizikal
Dengan mengikuti rutin pemeriksaan diabetes, tidak bermakna pemeriksaan tahunan terhadap tubuh dan mata boleh diabaikan.
Semasa pemeriksaan kesihatan tubuh, doktor boleh mengenal pasti komplikasi yang berkaitan diabetes seperti tanda-tanda kerosakan fungsi buah pinggang, saraf atau masalah jantung. 
Pemeriksaan mata pula boleh mengesan sekiranya seseorang pesakit mengalami katarak, glaukoma atau kerosakan pada retina.
5. Pastikan vaksin yang terkini
Gula dalam darah tinggi boleh melemahkan sistem imunisasi seterusnya meningkatkan kepentingan pengambilan vaksin. Dapatkan konsultasi doktor tentang vaksin flu untuk menghindar komplikasi demam selesema. 
Vaksin pneumonia yang lebih daripada satu dos suntikan amat penting bagi penghidap diabetes yang ebrusia 65 tahun ke atas. Tidak ketinggalan, pastikan anda mengambil tahu tentang suntikan tetanus dan juga hepatitis B.
6. Jaga kebersihan gigi
Diabetes membuatkan penghidapnya cenderung kepada jangkitan gusi. Maka, nasihat mengenai rutin memberus gigi sekurang-kuragnya dua kali sehari itu banyak kepentingannya. 
Selain itu, pastikan amalan flos dilakukan dan pastikan temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Temui doktor gigi segera jika terlihat gusi dalam keadaan berdarah, bengkak atau kemerah-merahan.
7. Beri perhatian kepada kaki
Gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saraf di kaki lantas menjejaskan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Jika dibiarkan kemelaratan itu tanpa dirawat, sebarang kejadian luka dan lepuhan boleh menjadi jangkitan serius.
Antara langkah penjagaan kaki adalah seperti membasuh kaki dengan air hangat setiap hari, mengeringkannya dengan baik terutama di celah-celah jari, sapukan pelembap hingga ke pergelangan kaki dengan losyen serta rawat kaki secepat mungkin jika terdapat luka, ruam, lepuhan atau bengkak. 
8. Ambil aspirin harian
Aspirin mengelakkan darah anda daripada tersumbat. Dengan mengambil aspirin setiap hari. ia mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. 
Kedua-dua penyakit ini adalah kemungkinan yang berbahaya jika seseorang itu menghidap diabetes. Maklumat lanjut tentang terapi pengambilan aspirin harian boleh ditanyakan terus kepada doktor. Tanyakan juga dos yang bersesuaian.
 

TABIAT makan yang tidak terkawal membawa mudarat.




9. Elakkan minuman beralkohol
Bergantung kepada berapa banyak anda minum dan makan pada waktu yang sama, alkohol akan menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah.
Bagi mereka yang memilih untuk minum, dinasihatkan agar tidak berlebihan dan jangan lupa untuk makan. Kiraan pengambilan kalori harian juga perlu dikira dalam makanan dan minuman beralkohol itu.
10. Hindari stres
Kalau anda dalam keadaan stres, pastikan rutin penjagaan diabetes anda akan terganggu. Penghasilan hormon akibat daripada stres yang berpanjangan boleh menghalang insulin daripada menjalankan fungsinya dengan baik. 
Bagi menanganinya, pastikan anda meletakkan had kepada stres dan mulakan pengkhususan keutamaan dalam kerja. Kalau punya masa terluang, pelajari teknik relaksasi dan dapatkan tidur yang secukupnya.



Friday 30 November 2012

oh tutty fruity~~

rasanya dah lama tak makan tutty fruity...nehlah last yana dan kawan2 yg lain mkn...tu pon sem 1..yang bezsnya yana la dikenakan bayaran yg plg mahal sebab terlalu sonok pusing ais yogurt dalam mangkuk...last2 yana yang terduduk hahaha...:))
terharu lah sangat(tangan dibahu kepala dongak ke atas)


Cik tol yang dinobatkan sbg naib juara dlm pembayaran ais yogurt termahal hahaha


fana ditempat yang ke-3 (tahniah-tahniah)


dira keempat(hahaha !!)



 mira menang tanpa bertanding (foine)


kenangan sem 1 yang yana takkan lupa..
done :))

Tuesday 18 September 2012

wah dah SEM 3!!!!

sedaq xsedaq dah sem3 dah aq...wah dah semakin dewasa neh umoq pon dah 19 taun,taun dpn dah 20 pastu tak naik2 dah hahaha...adushh sem neh pening gila cam-cam jadi kat aq..kena cari tempat latihan industri la..dapat penyakit la..bla..bla..ish..ish..liyana farzana tak baik taw mengeluh...kena kuat! aku ingat lagi nasihat pengetua sekolah menengah aku dulu selalu cakap segala musibah yang kita harungi pasti ada hikmahnya insyaallah....chewah yana~~~hahahahaha...

 arrgghhhhh itu yang aku mampu sampaikan hari ini :)))

kwn2 di PUO

salam..hari nie yana buka cerita baru psal hidup yana di PUO(politeknik primier Ungku Omar)..pada mulanya yana dapat tawaran sambung bljr di PAHANG oleh sbb cam t'lalu jauh sgt yana minta tukaq tut..tut..dpt yg dekat jgla kat IPOH..syukur sgt2... before nk pegi kat IPOH ya allah mcm2 yg yana pkir....
  1. yana pkir xdak sapa dah nak kwn gan yana
  2. takot t'pengaruh yg bkn2(org ckp kejutan budaya)
  3. takot dok jauh sorg2
  4. rindu kwn lma
  5. nak blk sekolah blk....
tp last2 sebaliknya tak, yana jumpa kwn2 yg t'baik dr ladang hehehe..first2 mmg ketaq waktu pendaftaran tp t'paksa wat slumber gak lah klu nk da kawan...dan akhirnya apa yg yana fikirkan selama neh adalah salah..hehe!!yana mengenali ramai kawan and very sporting hbis hehehe.. nie la mereka~~
muka sem 1 hahaha!:) i like..


muka sem 3 hahaha :))...sayang depa2 suma neh hahaha
muka2 budak kelas...

Friday 1 June 2012

new life...

hai salam suma...
okelah yana nak cita ckit psal karier (pergh...)yana selepas habis SPM..hurmm biasalah bila dah hbs SPM and tunggu result mestilah cuti yg lama un?so apa g bela bdn lah kat rmh...sggh xcaya waktu yana masih belajar di sekolah berat bdn yana msh oke lagi dlm lingkungan 50-52kg ja...mai2 hbs SPM makkk aiiihhh berat badan yana boleh mencecah 55-57kg errrkkk??(gemukkan)hadoi2...mcm2 lah yana wat nk stabil blk bdn tp xberhasil kecewa gak!!!sob...sobb...oke takpa2 psal berat bdn nanti yana cita len neh psal kerja plak!oke biasalah bila dah tgk kawan2 kerja! mesti diri kita pon nk keja jgk kan? so yana dgn kawan yana (nun) bekerja di sebuah kedai menjual kerusi urut iaitu GINTELL...kat situ kerjanya bezs tp masalah yana nak kerja kat situ sebab kn hafal pasal fungsi kerusi tu pastu adoii kena bc buku bio blk yelah kerusi tu kan berkaitan gan perubatan...oleh sebab yana dah xtahan keja kat situ so dgn rasmi nya yana and nun resign 24jam hehehe...lawak jg bila dipikirkan yelah baru keja 4 hari dah berhenti hadoiii...hahaha
so bila dah berhenti pham2lah menganggur jwbnya..tu yang bdn naik sedap tu...yana cuba ambil part time keja gan mamalah mengasuh budak2 yg mama mengasuh skunk..yana jg da keja part time dgn kak ayu jadi model sambilan dye utk http://butikaludra.blogspot.com/...

duet dgn anis :))

yg terbaru ::))


me :))


kesemua merupakan pengalaman yg bezs.. sonok juga jd model sambilan muslimah...:))