Thursday, 13 December 2012

4 hari jaga tok di hospital

4 Disember yg lps tok yana dimasukkan dalam wad kerana kaki sebelah dye menanah akibat kencing manis /diabetes so 2 jari kaki tok terpaksa dipotong.
sepanjang tok dihospital kami bergilir-gilir menjaga tok. Shift yana selalunya waktu malam so selalu berjaga malam la...seyes bila yana ada kat hospital bukan perasaan takot yana dpt tapi perasaan kesian adalah.. yela firstnya tengok pesakit kat sana kena suntik berkali-kali auwwwcchhh..sakit kot!tapi tak palah suntik tersebut untuk bagi sihat juga
secondnya yana tengok betapa penatnya menjadi nurse sana sini menjaga pesakit..penat kot tengok depa siang malam layan karenah pesakit..
third yana kesian tengok keadaan tok dan sekarang barulah yana sedar bahawa bahayanya diabetes so kurangkan makan makanan yang manis oke :))



kesian tok terlantar dihospital :((


 my mak jang jaga tok malam neh


10 kaedah rawatan dan penjagaan yang membolehkan penghidap menikmati hari mendatang dengan lebih baik:

1. Komitmen untuk menangani diabetes

Pasukan perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet boleh membantu anda dalam memahami dan menyokong rutin penjagaan diabetes. Pokok pangkalnya, diri anda perlu berjanji untuk berubah dan melaksanakan penjagaan itu demi masa depan sendiri.
Antara aspek gaya hidup yang perlu diberi tumpuan adalah soal pemakanan sihat, senaman dan berat badan. 
Pada masa yang sama, pastikan paras gula dalam darah selalu diperiksa supaya paras sasaran seperti yang dinasihatkan doktor dapat dicapai. 
Jangan berlengah jika memerlukan perhatian dan rawatan diabetes dari pihak klinik atau hospital.
2. Hentikan tabiat merokok
Jika anda menghisap rokok atau apa juga jenis tembakau lain, dapatkan panduan doktor untuk menghentikan tabiat tersebut.
Merokok akan meningkatkan risiko terhadap pelbagai komplikasi diabetes seperti serangan jantung, strok, kerosakan saraf dan penyakit buah pinggang. 
Perokok yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berhadapan dengan maut akibat penyakit kardiovaskular berbanding penghidap diabetes yang tidak merokok. 
3. Kawal tekanan darah dan paras kolesterol
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah. 
Paras kolesterol yang tinggi juga perlu diberi tumpuan memandangkan kemungkinan kerosakan saluran darah itu lebih berganda bagi penghidap diabetes.
Apabila kedua-dua masalah ini bergabung, seseorang penghidap boleh diancam masalah kesihatan yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan strok. 
Semua itu boleh dicapai dengan mengambil pemakanan sihat dan sering bersenam.

RUJUK kepada pakar diet untuk memahami konsep pemakanan ideal.


4. Ikuti pemeriksaan tahunan untuk mata dan fizikal
Dengan mengikuti rutin pemeriksaan diabetes, tidak bermakna pemeriksaan tahunan terhadap tubuh dan mata boleh diabaikan.
Semasa pemeriksaan kesihatan tubuh, doktor boleh mengenal pasti komplikasi yang berkaitan diabetes seperti tanda-tanda kerosakan fungsi buah pinggang, saraf atau masalah jantung. 
Pemeriksaan mata pula boleh mengesan sekiranya seseorang pesakit mengalami katarak, glaukoma atau kerosakan pada retina.
5. Pastikan vaksin yang terkini
Gula dalam darah tinggi boleh melemahkan sistem imunisasi seterusnya meningkatkan kepentingan pengambilan vaksin. Dapatkan konsultasi doktor tentang vaksin flu untuk menghindar komplikasi demam selesema. 
Vaksin pneumonia yang lebih daripada satu dos suntikan amat penting bagi penghidap diabetes yang ebrusia 65 tahun ke atas. Tidak ketinggalan, pastikan anda mengambil tahu tentang suntikan tetanus dan juga hepatitis B.
6. Jaga kebersihan gigi
Diabetes membuatkan penghidapnya cenderung kepada jangkitan gusi. Maka, nasihat mengenai rutin memberus gigi sekurang-kuragnya dua kali sehari itu banyak kepentingannya. 
Selain itu, pastikan amalan flos dilakukan dan pastikan temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Temui doktor gigi segera jika terlihat gusi dalam keadaan berdarah, bengkak atau kemerah-merahan.
7. Beri perhatian kepada kaki
Gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saraf di kaki lantas menjejaskan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Jika dibiarkan kemelaratan itu tanpa dirawat, sebarang kejadian luka dan lepuhan boleh menjadi jangkitan serius.
Antara langkah penjagaan kaki adalah seperti membasuh kaki dengan air hangat setiap hari, mengeringkannya dengan baik terutama di celah-celah jari, sapukan pelembap hingga ke pergelangan kaki dengan losyen serta rawat kaki secepat mungkin jika terdapat luka, ruam, lepuhan atau bengkak. 
8. Ambil aspirin harian
Aspirin mengelakkan darah anda daripada tersumbat. Dengan mengambil aspirin setiap hari. ia mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. 
Kedua-dua penyakit ini adalah kemungkinan yang berbahaya jika seseorang itu menghidap diabetes. Maklumat lanjut tentang terapi pengambilan aspirin harian boleh ditanyakan terus kepada doktor. Tanyakan juga dos yang bersesuaian.
 

TABIAT makan yang tidak terkawal membawa mudarat.




9. Elakkan minuman beralkohol
Bergantung kepada berapa banyak anda minum dan makan pada waktu yang sama, alkohol akan menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah.
Bagi mereka yang memilih untuk minum, dinasihatkan agar tidak berlebihan dan jangan lupa untuk makan. Kiraan pengambilan kalori harian juga perlu dikira dalam makanan dan minuman beralkohol itu.
10. Hindari stres
Kalau anda dalam keadaan stres, pastikan rutin penjagaan diabetes anda akan terganggu. Penghasilan hormon akibat daripada stres yang berpanjangan boleh menghalang insulin daripada menjalankan fungsinya dengan baik. 
Bagi menanganinya, pastikan anda meletakkan had kepada stres dan mulakan pengkhususan keutamaan dalam kerja. Kalau punya masa terluang, pelajari teknik relaksasi dan dapatkan tidur yang secukupnya.



Friday, 30 November 2012

oh tutty fruity~~

rasanya dah lama tak makan tutty fruity...nehlah last yana dan kawan2 yg lain mkn...tu pon sem 1..yang bezsnya yana la dikenakan bayaran yg plg mahal sebab terlalu sonok pusing ais yogurt dalam mangkuk...last2 yana yang terduduk hahaha...:))
terharu lah sangat(tangan dibahu kepala dongak ke atas)


Cik tol yang dinobatkan sbg naib juara dlm pembayaran ais yogurt termahal hahaha


fana ditempat yang ke-3 (tahniah-tahniah)


dira keempat(hahaha !!)



 mira menang tanpa bertanding (foine)


kenangan sem 1 yang yana takkan lupa..
done :))

Tuesday, 18 September 2012

wah dah SEM 3!!!!

sedaq xsedaq dah sem3 dah aq...wah dah semakin dewasa neh umoq pon dah 19 taun,taun dpn dah 20 pastu tak naik2 dah hahaha...adushh sem neh pening gila cam-cam jadi kat aq..kena cari tempat latihan industri la..dapat penyakit la..bla..bla..ish..ish..liyana farzana tak baik taw mengeluh...kena kuat! aku ingat lagi nasihat pengetua sekolah menengah aku dulu selalu cakap segala musibah yang kita harungi pasti ada hikmahnya insyaallah....chewah yana~~~hahahahaha...

 arrgghhhhh itu yang aku mampu sampaikan hari ini :)))

kwn2 di PUO

salam..hari nie yana buka cerita baru psal hidup yana di PUO(politeknik primier Ungku Omar)..pada mulanya yana dapat tawaran sambung bljr di PAHANG oleh sbb cam t'lalu jauh sgt yana minta tukaq tut..tut..dpt yg dekat jgla kat IPOH..syukur sgt2... before nk pegi kat IPOH ya allah mcm2 yg yana pkir....
  1. yana pkir xdak sapa dah nak kwn gan yana
  2. takot t'pengaruh yg bkn2(org ckp kejutan budaya)
  3. takot dok jauh sorg2
  4. rindu kwn lma
  5. nak blk sekolah blk....
tp last2 sebaliknya tak, yana jumpa kwn2 yg t'baik dr ladang hehehe..first2 mmg ketaq waktu pendaftaran tp t'paksa wat slumber gak lah klu nk da kawan...dan akhirnya apa yg yana fikirkan selama neh adalah salah..hehe!!yana mengenali ramai kawan and very sporting hbis hehehe.. nie la mereka~~
muka sem 1 hahaha!:) i like..


muka sem 3 hahaha :))...sayang depa2 suma neh hahaha
muka2 budak kelas...

Friday, 1 June 2012

new life...

hai salam suma...
okelah yana nak cita ckit psal karier (pergh...)yana selepas habis SPM..hurmm biasalah bila dah hbs SPM and tunggu result mestilah cuti yg lama un?so apa g bela bdn lah kat rmh...sggh xcaya waktu yana masih belajar di sekolah berat bdn yana msh oke lagi dlm lingkungan 50-52kg ja...mai2 hbs SPM makkk aiiihhh berat badan yana boleh mencecah 55-57kg errrkkk??(gemukkan)hadoi2...mcm2 lah yana wat nk stabil blk bdn tp xberhasil kecewa gak!!!sob...sobb...oke takpa2 psal berat bdn nanti yana cita len neh psal kerja plak!oke biasalah bila dah tgk kawan2 kerja! mesti diri kita pon nk keja jgk kan? so yana dgn kawan yana (nun) bekerja di sebuah kedai menjual kerusi urut iaitu GINTELL...kat situ kerjanya bezs tp masalah yana nak kerja kat situ sebab kn hafal pasal fungsi kerusi tu pastu adoii kena bc buku bio blk yelah kerusi tu kan berkaitan gan perubatan...oleh sebab yana dah xtahan keja kat situ so dgn rasmi nya yana and nun resign 24jam hehehe...lawak jg bila dipikirkan yelah baru keja 4 hari dah berhenti hadoiii...hahaha
so bila dah berhenti pham2lah menganggur jwbnya..tu yang bdn naik sedap tu...yana cuba ambil part time keja gan mamalah mengasuh budak2 yg mama mengasuh skunk..yana jg da keja part time dgn kak ayu jadi model sambilan dye utk http://butikaludra.blogspot.com/...

duet dgn anis :))

yg terbaru ::))


me :))


kesemua merupakan pengalaman yg bezs.. sonok juga jd model sambilan muslimah...:))


Thursday, 31 May 2012

imbas kembali blink..blik...**

Hari nie tetiba ja yana nk terimbas kembali memori paling syok kat sekolah...kihkihkih(senyum kambing)..seyes bila dah tamat persekolahan rasa macam rugilah,sayanglah mcm2 lah perasaan ada...adoii rindu kawan2 tapi nak wat cam na setiap pertemuan pasti ada perpisahan chewaahhhh jiwang gitu hahaha!!!XD
oke meh sini yana nak cita awai persekolah yana dan kawan2 yana yang sangat sempoi sampai la neh..terbaiklah!!! :)
pada taun 1998, waktu tu yana masih umoq 5 taun.. dah mula setat mengedik nak pi tadika dah hehehe.. tak salah yana tadika tu nama TADIKA AL-FATAH kot terletak di perlis..sekarang tak tawulah tadika tu masih wujud ke dak lg..haaaa..yg boleh jadi ngedik sgt nak pi tadika nie sebab tadika tu berada di hadapan rumah sewa yana dulu..selalu sgt dok tepi tingkap tgk kekawan yg len pi sekolah cam seronok ja so yana pon jd t'pengaruh gaklah nak pi tadika sesangat...bila dah pi tadika hurrrmmm (hampeh) mula pula dok ingat nak blk rumah ja..tapi nasib baiklah yana time tu terpengaruh benda yg beik(beiklah sgt) hahahah...
pada taun 2000,yana bersekolah rendah di SK UTAN AJI..dekat situ yana belajar dri drjh 1 -5 ja sebab yana berpindah di KEDAH pula..


(nielah sekolah lama yana)


..rindu kwn2 di Perlis...alhamdulillah internet dpt menyambung semula pertemuaan kami semua..tak salah yg admin group neh zati kot btw thanz byk2 kat zati sudi masukkan yana dlm group neh..igt lagi korang kat chek noo...hahahaha...
pada taun 2006 yana sambung belajaq kat SK SUNGAI PASIR...
sampai habis UPSR..

neh lah sekolah yana yang baru...
selepas habis belajar di sekolah rendah yana pon sambng belajar di SMKSP iaitu yg bersebelah dengan sekolah rendah yana ja..yana belajar kat situ dari form1 until form5...now let c my candid foto in my class...
 
dgn syaza kihkih..my bff kiteorg kwn dr drjh 5 taw smpai la skunk...

opppsss neh cikgu rahmah ,cikgu bm kiteorng gmbq neh time dye xb'sedia lg... 

jom gosip...

belajaq..belajaq..nak SPM dah..

neh plak hadiah jamuan kelas kami :)

todiaaaa...rmai dak makanan(bhsa kedah hahaha) bdk lelaki xsuma da sbb malu'

jeng-jeng ckgu shimah selaku ckgu math n addmath kami dok tgh mark tuuu...nasiblaaaa..

with fatin syahirah & nabil..

dr kiri azreena,paan,me,syaza

bajet hot igt randy pangalila bg hadiah!!hahaha
tak sume pic yana masukkan dlm blog..so bg sesapa yg xdak dlm blog neh jgn kecik ati coz blog neh bkn femes mana pon...oke..yg penting life disekolah mmg t'baiklah dr ladang :))


Tuesday, 29 May 2012

Assalamualaikum...


assalamualaikum :))
 sihat tak?neh first yana tulis dalam blogger..jeng..jeng almaklumlah baru nak berjinak-jinak so ayat pon lebih kurang poyo sikit lah...takpelah jadi budak skema sat hehe..sebenarnya dah lama dah terfikir nak create blog tapi selalu failed..tapi sekarang dah berjaya!!! :))harap maaf oke sekiranya ada yg x kena apa yg yana sampaikan nanti b'coz yelah baru nak belajaq...:))